Tuesday, November 10, 2009

stam setaraf dengan stpm dan di terima di ipta

PUTRAJAYA 15 Sept. - Pelajar lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkelayakan kini akan diterima memasuki semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan mulai sesi pengajian akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah terbaru itu berikutan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan pengiktirafan ke atas lulusan sijil tersebut sama seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mengenai hala tuju pendidikan Islam di negara ini. Sumber : Utusan Malaysia. Tambahan : Alhamdulillah, akhirnya STAM yang dahulu dipandang 'sebelah mata' kini setaraf dengan sijil akademik yang lain.

Tuesday, October 20, 2009

ucapan pengerusi persatuan alumni SMAKS

Asslamualaikum warah matullah wabarakatuh Alhamdullilah3x Segala puji bg allah yang memberikan kitanikmat iman dan islam sehinga kita boleh menghirup udara pada hari ini selaku mukmin .. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita SAW.
في قوله تعالى
وَلْيَخْشَ ٱلَّذِينَ لَوْ تَرَكُواْ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافاً خَافُواْ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُواّ ٱللَّهَ وَلْيَقُولُواْ قَوْلاً سَدِيداً
9. dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), Yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak Yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (Masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan Yang betul (menepati kebenaran). رواه مسلم عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله، ويتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة، وغشيتهم الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده Seperti hadith yang di riwayatkan oleh abi hurairah rodiAllahu anhu telah berkata,:telah berkat rasullulah SAW “dan tidaklah orang yang berhimpum pada rumah rumah Allah untuk mengambil faedah dari quran dan saling belajar satu sama lain kecuali diturunkan kepada mereka sakinah dan diberikan rahmah, para malaikatmendoakan mereka dan nama2 mereka disebut oleh Allah ” Yang saya hormati pengerusi majlis Yang saya sanjungi tuan pengetua sekolah men agama alkhairiah segamat Ustaz Muhammad Bin Ibrahim Yang berusaha saudara setiausaha badan bergerak sementara alumani saudara Fadhil Bin Jalal Guru, para jemputan-jemputan para adhock pelaksana majlis dan sahabat2 sekalian Bersyukur kita kehadrat illahi dengan limpah dan izinnya kita dapat berhimpun bersama-sama bagi Meraikan majlis alumni kali pertama ini Pada hari ini dalam sejarah , tapak dataran perhimpunan sekolah agama al-khairiah ini menjadi saksi kita semua di atas komitmen kita untuk menjalinkan uhwah yang telah lama rengang, saya yakin dan percaya para sahabat sekalian masing2 mempunyai cerita cetera tersendiri dan pelbagai peristiwa, silih berganti perjalan suka duka pahit maung dan manisnya setiap insan yang pernah bergelar pelajar di sekolah ini.. saya yakin bila sahabat semua menjejakan kembali kaki di sekolah ini mengamit semua kenangan tersebut.. Saya adalah anak ke3 dari 4 orang adik beradik saya yang telah berjaya menamatkan pengajian di sekolah yang cukup berbakti ini ..dengan berkat kesabaran guru yang mendidik kami tanpa penat dan jemu melayan mehnah dan kerenah kami ini.. itulah kunci yang menyebabkan rasa ingin kembali untuk berbakti itu kembali menebal di dalam dada kami ..ucapan jutaan terima kasih guru2ku..budimu amat kami sanjung … Sabda nabi لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من أن يكون لك حمر النعم " . الراوي: سهل بن سعد الساعدي المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 2406 Kita lihat melalui sabda nabi betapa besar ganjaran pahala kepada insan yang bernama pendidik… Hampir setiap tahun sekolah ini melahirkan puluhan pelajar dari tahun ketahaun dari tarikh penubuhanya pada tahun 1946 dan telah melalui jubli emasnya,rasa sehingga kini sekolah ini telah mendidik ribuan pelajar. Dengan tema yang di pilih Semurni Kasih Dituai, Sesuci Ikatan Dijalin tujuan penubuhan alumani SMAKS ini bukahlah sekadar untuk menghimpunkan semua bekas pelajar dan guru itu sebagai matlamat utama, tetapi hala tuju penubuhan ini amat besar di antaranya adalah Menjaga kebajikan bekas pelajar S.M.A.K.S. dan membantu semua pihak yang yang terlibat dengan sekolah menengah agama khairiah ini dari pelbagi segi insyaAllah.. insyaAllah saudara setiausaha dan kepimpinan yang bakal di lantik pada hari ini akan membuat temujanji bersam dato’ noh bin gadot selaku penaung untuk membincangkan hala tuju seterusnya pada 23 oktober ini… dan kami di pihak persatuan ini insyaAllah kita akan berdaftar di bawah ros(register of society) selaku badan rasmi.. saya yakin usaha menubuhkan persatuan alumni ini tidaklah hanya melepaskan batuk di tangga..amien bak kata ilmuan islam “al faqid la yu’ti”(الفاقد لا يعطى) org yang tidak memiliki tidak boleh memberi.. jdilah kita orang2 yang memiliki itu agar kita dapat sumbangkan apa sahaja untuk berbakti… ucapan terima kasih saya dan ajk2 kepada guru2 terutama kepada pengetua Sek Men Agama Alkahiriah kerana telah banyak membantu kami dalam melaksana kan program ini dan tidak lupa pada hadirin dan hadirat yang turut hadir menyerikan majlis ini..saya selaku wakil dari bekas pelajar memohon jutaan kemaafan di kesempatan eidulfitri dan halalkan segala ilmu yang di curahkan mudahan kita semua menjadi manusia yang bermanfaat unsur kepada pembangunan dan kesatuan ummah akhir kalam terimalah sedikit pantun dari saya jika tidak kerana bulan takkan bintang terbit tggi ..kalo tidakkerana guru2 sekalian ..takkan kami berhiةpun di sini, syukran jazilan ..syukran katsyiran Sekian wassalam Disediakan oleh Al faqir ila afwu rabbie Mohd firdaus bin abdul hamid http://subulassalam.blogspot.com/

Wednesday, September 9, 2009

alumni sek men arab al-khairiah segamat

KERTAS KERJA PENUBUHAN

BADAN BERGERAK SEMENTARA PERSATUAN ALUMNI

1.0 PENDAHULUAN

Saban tahun, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat S.M.A.K.S telah berjaya menghasilkan produk pelajar yang terbilang. Namun, apa yang menyedihkan ialah sebilangan besar keluaran pelajar yang berjaya ini mengganggap dirinya sudah tidak terikat lagi dengan bekas sekolah, lalu bersikap untuk tidak mengambil cakna dengan keadaan sekolah, malah ada yang bersikap lepas tangan.

Atas kesedaran inilah, kami berhasrat untuk menubuhkan Badan Bergerak Sementara Persatuan Alumni S.M.A.K.S sebagai satu perintis untuk merialisasikan Persatuan Alumni S.M.A.K.S serta memastikan hubungan antara bekas pelajar S.M.A.K.S tidak terputus daripada sekolah walaupun masing-masing telah membawa haluan yang berbeza, atas dasar ingin melihat sekolah ini terus terbilang dari segi pencapaian akademik dan nilai-nilai integriti yang tinggi dipandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

2.0 NAMA PERSATUAN

Badan Bergerak Sementara Persatuan Alumni

3.0 MOTTO

Ke arah membentuk kepemimpinan Islamik dan Intelek

4.0 OBJEKTIF

4.1 Sebagai wadah perkumpulan bekas pemimpin pelajar S.M.A.K.S.

4.2 Sebagai medan penyalur idea kepada kepimpinan pelajar sekolah berdasarkan pandangan daripada bekas pelajar S.M.A.K.S.

4.3 Melatih daya kepimpinan yang kreatif, Islamik, beraspirasi, berintelektual dan bersistematik dalam kalangan pelajar berdasarkan pengalaman lepas dan kehendak semasa berasaskan Quran dan Sunnah.

4.4 Menanam perasaan mahabbah dalam kalangan bekas pelajar S.M.A.K.S terhadap sekolah.

4.5 Menjaga kebajikan bekas pelajar S.M.A.K.S.

5.0 ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

6.0 KEAHLIAN

6.1 Sasaran ahli

6.1.1 Bekas Ahli Majlis Kepimpinan Pelajar S.M.A.K.S.

6.1.2 Bekas pelajar S.M.A.K.S.

6.1.3 Ahli Majlis Pemimpin Pelajar Tingkatan 5 setiap tahun

6.2 Status ahli

6.2.1 Ahli aktif

6.2.1.1 Ahli yang didaftarkan secara rasmi dan terlibat secara langsung dalam pengurusan persatuan.

6.2.2 Ahli sokongan

6.2.2.1 Ahli yang tidak didaftarkan secara rasmi dalam persatuan dan tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan persatuan.

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1.1 Yuran persatuan

7.1.1.1 Yuran tahunan dikenakan sebanyak RM 10 hanya kepada ahli yang aktif.

7.1.2 Sponsor dan sumbangan

7.1.2.1 Pencarian sponsor adalah menyeluruh dan tidak terhad semata-mata kepada ahli yang aktif sahaja.

8.0 PENUTUP

Diharapkan hasrat penubuhan Badan Bergerak Sementara Persatuan Alumni ini mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dalam usaha untuk menggerakkan jentera bekas pelajar S.M.A.K.S untuk terus memberi khidmat kepada sekolah walaupun tidak lagi digelar sebagai pelajar S.M.A.K.S.

Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati Allah atas dasar untuk melihat S.M.A.K.S tidak terus dilupakan dalam kalangan bekas pelajar.

Setiausaha,

Program Tautan Kasih Di Majlis

Hari Raya Aidilfitri,

Sek. Men. Agama Al-Khairiah,

Segamat, Johor.

Disokong oleh,

ORGANISASI

BADAN BERGERAK SEMENTARA PERSATUAN ALUMNI

PENAUNG

DATO’ HAJI NOH BIN GADOT

PENASIHAT 1

USTAZ AZMI BIN HAJI MADON

PENASIHAT 2

USTAZ MASIRAN BIN BASIR

PENGARAH

MOHD FIRDAUS BIN ABDUL HAMID

TIMBALAN PENGARAH

NORAZLAN BIN MOHD ARIFF

SETIAUSAHA

MD FADZIL BIN JALAL

BENDAHARI

MOHD KHAIRI BIN MOHD SANI

LAJNAH PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DAN SPIRITUAL

MUHAMMAD NORAIZUDDIN BIN NORDIN

FAIRUZ BINTI OSMAN

LAJNAH PERHUBUNGAN DAN AKTIVITI

ABDUL RAHMAN BIN ISMIL

FAIZNUR BINTI LOTFI

LAJNAH PENERBITAN DAN INFORMASI

NADIAH BINTI HASHIM RADZI

FATIN NABILA BINTI DAUD

LAJNAH EKONOMI DAN SPONSOR

SAKINAH BINTI MOHAMMAD

FARIDAH BINTI ABDULLAH